Saturday, 10 December 2011
Latihan
Murid-murid diuji dengan beberapa latihan untuk memastikan kefahaman dan membezakan makanan berkhasiat dan tidak berkhasiat.
Monday, 5 December 2011
Cadangan Makanan Yang Berkhasiat Untuk Kanak-Kanak
Semua orang sedia maklum kanak-kanak suka makan burger, kentang goreng, gula-gula, minuman berkarbonat dan pelbagai makanan ringan yang lain.Bukan semua yang digemari oleh kanak-kanak itu baik untuk mereka. Kanak-kanak perlu di didik dan ditanamkan sikap untuk mengelakkan makanan yang tinggi kalori, mempunyai kandungan lemak berlebihan serta mengandungi bahan pengawet dan perasa.Sebagai guru, didiklah mereka agar memilih makanan yang tinggi fiber, rendah lemak atau makanan yang lebih sihat seperti yang mengandungi kalsium, zat besi serta bervitamin dan mineral.
Sebenarnya, ada banyak makanan yang berkhasiat yang digemari oleh kanak-kanak dan guru berperanan menerangkan kepada murid-murid bahawa makanan tersebut perlu diutamakan.Contoh susu yang merupakan sumber kalsium, vitamin D dan protein yang baik untuk kanak-kanak.Sejak bayi murid-murid diberi minum susu bila sudah besar tidak diberi susu.Ini kerana banyak pilihan minuman lain diberi.Didik murid-murid untuk minum 2-4 gelas susu sehari, tambahan kini boleh dapati susu pelbagai perisa.Yogurt juga kaya dengan kalsium dan pilihlah yogurt yang kurang kandungan gula, rendah lemak dan berkultur untuk murid-murid.
Buah-buahan yang mengandungi vitamin dan fiber rendah kalori.Jadikan dan amalkan makan buah-buahan sebagai pengganti makanan ringan. Makan buah-buahan sebagai makanan ringan yang berkhasiat untuk murid-murid.
Menikmati roti dengan mentega kacang dan sandwic tuna berserta salad serta tomato segar .Tuna kaya dengan protein, omega-3 serta vitamin dan mineral.Mayonis dalam sandwic pilih yang rendah lemak, manakala roti yang berbijirin.Pilih bijirin yang kurang manis, diperkuat dengan kalsium dan berfiber.Bijirin sajikan dengan buah-buahan segar agar kelihatan menarik dan sihat untuk murid-murid.
Galakkan murid-murid makan sayuran seperti dimasukkan dalam hidangan seperti sup.Terutama lobak merah,jagung, brokoli, kekacang dan lain-lain.Selain itu murid-murid sukakan biskut. Guru tekankan di sini memilih biskut yang kurang manis dan lemak. Pilih biskut bijirin seperti biskut oat, biji bunga matahari dan sebagainya.

Subscribe to:
Posts (Atom)