Monday, 5 December 2011

Cadangan Makanan Yang Berkhasiat Untuk Kanak-Kanak

Semua orang sedia maklum kanak-kanak suka makan burger, kentang goreng, gula-gula, minuman berkarbonat dan pelbagai makanan ringan yang lain.Bukan semua yang digemari oleh kanak-kanak itu baik untuk mereka. Kanak-kanak perlu di didik dan ditanamkan sikap untuk mengelakkan makanan yang tinggi kalori, mempunyai kandungan lemak berlebihan serta mengandungi bahan pengawet dan perasa.Sebagai guru, didiklah mereka agar memilih makanan yang tinggi fiber, rendah lemak atau makanan yang lebih sihat seperti yang mengandungi kalsium, zat besi serta bervitamin dan mineral.

Sebenarnya, ada banyak makanan yang berkhasiat yang digemari oleh kanak-kanak dan guru berperanan menerangkan kepada murid-murid bahawa makanan tersebut perlu diutamakan.Contoh susu yang merupakan sumber kalsium, vitamin D dan protein yang baik untuk kanak-kanak.Sejak bayi murid-murid diberi minum susu bila sudah besar tidak diberi susu.Ini kerana banyak pilihan minuman lain diberi.Didik murid-murid untuk minum 2-4 gelas susu sehari, tambahan kini boleh dapati susu pelbagai perisa.Yogurt juga kaya dengan kalsium dan pilihlah yogurt yang kurang kandungan gula, rendah lemak dan berkultur untuk murid-murid.

Buah-buahan yang mengandungi vitamin dan fiber rendah kalori.Jadikan dan amalkan makan buah-buahan sebagai pengganti makanan ringan. Makan buah-buahan sebagai makanan ringan yang berkhasiat untuk murid-murid.


Menikmati roti dengan mentega kacang dan sandwic tuna berserta salad serta tomato segar .Tuna kaya dengan protein, omega-3 serta vitamin dan mineral.Mayonis  dalam sandwic pilih yang rendah lemak, manakala roti yang berbijirin.Pilih bijirin yang kurang manis, diperkuat dengan kalsium dan berfiber.Bijirin sajikan dengan buah-buahan segar agar kelihatan menarik dan sihat untuk murid-murid.

Galakkan murid-murid makan sayuran seperti dimasukkan dalam hidangan seperti sup.Terutama lobak merah,jagung, brokoli, kekacang dan lain-lain.Selain itu murid-murid sukakan biskut. Guru tekankan di sini memilih biskut yang kurang manis dan lemak. Pilih biskut bijirin seperti biskut oat, biji bunga matahari dan sebagainya.

Wednesday, 30 November 2011

Makanan Seimbang

Makanan  seimbang adalah perlu bagi kanak-kanak untuk memperolehi kesihatan yang baik. Bila kanan-kanak berada dalam keadaan sihat, mereka akan dapat belajar dengan baik dan hidup dalam keadaan gembira.Di sini dicadangkan diet yang seimbang untuk kesihatan yang baik:

1. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran.


2. Banyakkan makan makanan kekacang.


3. Banyakkan minum air putih.


4. Kurangkan pengambilan makanan yang banyak kandungan lemak.


5. Kurangkan pengambilan makanan yang banyak kandungan gula.


6.Kurangkan pengambilan makanan yang banyak kandungan garam.

Keburukan Makan Makanan Yang Manis

Kanak-kanak yang suka makan makanan yang mengandungi kandungan gula yang banyak boleh menyebabkan sakit gigi dan merosakkan gigi
.

Tuesday, 29 November 2011

Langkah-langkah pengajaran

Permulaan pengajaran

Mempamerkan pelbagai contoh makanan
- Guru pamerkan contohkan makanan seperti buah-buahan, susu,makanan ringan, minuman dalam   tin,kokokrunch, gula-gula dan sebagainya.
- Murid menyebut nama-nama makanan  yang ditunjukkan.

Kepentingan makanan berkhasiat:
 - Membina otak berkembang dengan sihat dan cerdas

- Membantu tumbesaran kanak-kanak
-Mempunyai kesihatan yang baik
- Mencegah penyakit yang merbahaya

Keburukan makanan tidak berkhasiat
-Membantutkan perkembangan tumbesaram kanak-kanak
-Minda yang tidak cerdas
-Daya tahan penyakit yang lemah
-Obesiti

Pengajaran Dan Pembelajaran Bertema Prasekolah

Tunjang Utama: Perkembangan Fizikal Dan Estetika-Kesihatan
Cadangan masa: 30 Minit
Standard Pembelajaran Utama: (PFK 3.2.3) Mengenal jenis makanan yang berkhasiat dan tidak berkhasiat.
 Standard pembelajaran lain yang disepadukan:(PSE 1.1.5) Mengenal pasti dan bercerita tentang emosi seperti gembira, sedih, marah     
Objektif Pelajaran:Pada akhir pengajaran murid dapat mengenal jenis makanan berkhasiat dan tidak
                               berkhasiat
Kemahiran utama: Membezakan makanan berkhasiat dan tidak berkhasiat.
Kosa kata: Mimik muka, berkhasiat dan tidak berkhasiat.
Alatan dan bahan: Contoh makanan berkhasiat dan tidak berkhasiat.
Tema Pengajaran dan pembelajaran: Makanan dan Minuman

Sunday, 23 October 2011

Anak didik Prasekolahku

Anak murid saya berumur 5 & 6 tahun.Terdapat dua kelas prasekolah  di sekolah saya, iaitu prasekolah Bestari 1 dan Bestari 2.Saya mengajar Prasekolah Bestari 1. Pengalaman mengajar prasekolah hampir 8 tahun.Banyak pengalaman pahit dan manis saya di prasekolah.

Pembuka bicara...

Assalamualaikum, Saya cikgu Fizah dari SK Datin Khadijah. Saya Mengajar Prasekolah Bestari di sini.Saya mengajar kanak-kanak comel kerana murid saya semuanya perempuan.Keletah kanak-kanak di Prasekolah mengajar saya menjadi seorang yang sabar,tabah dan prihatin.Kejayaan saya mengajar dan mendidik mereka merupakan satu kepuasan yang tidak ternilai bagi saya.Bila mereka boleh membaca, menulis, mengira dan mempunyai akhlak yang mulia, sayalah orang yang paling gembira.